Friday, 10 July 2015

cara pengiraan gred UTeM

debaran selepas jawab paper exam adalah tunggu official result. hari hari dok jenguk portal nak check gred punya pasal. usaha kita selama ni nak tau jugak buah nya masak macam mana kan, manis ke pahit ke telan je.

bagi yang tak sabar nak tunggu official result, unofficial result boleh dikira sekiranya gred untuk semua subjek dah keluar. kaklong jenis tak sabar, keluar je gred berdesup kaklong kira. disebabkan kaklong tak reti and malas nak kira manual, so kaklong pakai satu web ni memang membantu sekelip mata dapat tahu GPA kita okayyy.

cara nak tengok gred korang tau kan? kaklong hempuk guna senduk kang tu pun nak kena ajoo. masuk je portal macam biasa hookayyy.

korang tekan je link ni --> http://www.schoolfinder.us/?r=gpa_calculator_college



masuk kan je gred yang korang dapat dengan jam kredit untuk setiap subjek tu. untuk jam kredit tu, kalau dah tak pasti sangat korang boleh rujuk dekat nombor kod subjek, hujung nombor tu mewakili jam kredit.

contoh : BLHW2143, so nombor 3 hujung sekali adalah untuk jam kredit

good luck and selamat mencuba. kaklong harap entry ni membantu. rasanya semua universiti guna sistem gred yang sama, boleh cuba. nak tahu sahih ke tak, tunggu je la official result! lebih kurang je pointer dia +/- tak lari jauh pun.




Tuesday, 7 July 2015

Pembuka kata dari kaklong

Alhamdulillah kaklong dah habis semester 6, ada 2 lagi semester yang kaklong kena redahhh. Naik semester depan kaklong dah kena perah otak pulun buat final year project (fyp2). 

Cuti 3 bulan ni banyak benda kaklong nak kena settle, 1st kaklong dah kena cari tempat nak intern, 2nd kaklong ada event nak kena attend, main actress in that event, cewahhh. event apa? Rahsiaaaa. Nah kaklong belanja satu gambar buat korang berteka teki.


Nak buat apa bunga banyak banyak ni? Tu namanya bunga kertas, nanti kaklong ajar and buat tutorial macam mana nak buat bunga yang jelita ni yeah. Tangan tu kena ada seni sikit tau baru laa cantik menawan.

Memandangkan ni post first kaklong, tak nak la panjang panjang sebab takde readers pun, hahaha *gelaksyoksendiri