Sunday, 16 August 2015

Pelamin tunang murah

Bab hantaran memang penting bagi perempuan. Yang pasti nak cantik tapi nak murah kan? 7 dulang sebelah perempuan berbalas 5 dulang dari sebelah lelaki. 

Biasanya hantaran tunang sangat simple dan tak berat, hantaran kawen nanti baru upgrade sikit bukan downgrade ok. Kaklong bagi sirih, buah, kek, cupcake, kain songket, perfume and coklat.


Ini kali kedua kaklong buat hantaran, sangat puas hati dapat buat sendiri. Kaklong memang jimat habis dekat hantaran. Kaklong DIY seboleh bolehnya :)

Tunang kaklong tak nak hantaran berat berat, future MIL pun suruh bagi makanan je, penat kaklong pikir nak bagi apa. Alhamdulillah atok kaklong bagi kain pelikat, kaklong just beli perfume and kain songket. Cake and cupcake kaklong order kat kawan kaklong, sangat recomended! 







Cantik tak? Kaklong sangat puas hati sebab dapat buat hantaran sendiri hehe ada yang berminat? Boleh whatsapp kaklong okay 0176942956, harga kita boleh discuss, table talk gituuuu :)

engagement day kaklong

alhamdulillah, everything going smoothly as planned. kaklong dah jadi tunang orang! hehe rasa berdebar masa future MIL sarung cincin hanya tuhan yang tahu. tetamu ramai memerhati, nasib baik kaklong rabun jadi dapat cover sikit debar dihati tu.

terima kasih pada semua yang terlibat. nah kaklong belanja satu gambar :)


pelamin kaklong memang murah, sebab kaklong sewa je, everything i'm doing by my own, lagi lagi bab hantaran, memang kaklong buat 100% sendiri. any enquiry boleh PM kaklong, boleh buat side income cari duit nak kawen hikhik

ni kaklong nak bagi tips jimat majlis tunang:

1. buat satu note untuk expenses kita, dari situ kita boleh tahu flow duit kita pergi mana. sesuai untuk siapa siapa yang memang tengah amalkan sistem jimat. 

2. kaklong student, jadi pengurusan duit tu memang kena displin banyak sikit. kaklong buat part time awalnya reason bukan untuk tunang, sebab tunang pun unplan kan. simpan sikit sikit and alhamdulillah dipermudahkan urusan oleh yang maha esa, benda baik kan Allah suka. 

3. pelamin kalau boleh cari yang paling murah, sewa barang is the best choice. jimat 60% from budget.

4. baju tunang beli siap. jimat kos nak beli kain, hantar jahit, perjalanan dan masa.

5. hantaran buat sendiri, bunga kertas hasil DIY sendiri, murah kan?

tu je kot, nanti kalau ada yang lain kaklong tambah ok. will update soon pelamin, hantaran and majlis.

cuma kena ingat, segala benda yang baik tu datang dari Allah, insya Allah segalanya akan dipermudahkan. percayalah sebab kaklong baru saja mengalaminya, syukur sangat.  

hantaran DIY bunga kertas

untuk majlis tunang kaklong, memang dari awal fikir nak save budjet, tapi tak tersave. biasa lah banyak kepala kita nak kena ikut kan. memang kita nak sesimple mungkin, tapi mak pak kita? dorang nak yang terbaik untuk anak anak yang dorang jaga dari kecik. ingat senang nak besarkan anak perempuan? opss haha

hantaran memang kaklong buat sendiri from A to Z. okay tu nanti kaklong cerita dekat bab hantaran tunang okay. sekarang ni kaklong nak cerita macam mana kaklong buat bunga kertas walaupun kaklong rasa ramai dah tau tapi for refering why not kan.

barang yang diperlukan:
-crepe paper
-gunting/pisau
-floral wire

penggunaan bunga kertas ni boleh jimat kan perbelanjaan untuk hantaran about 40%, sebelum ni kaklong ada experience buat hantaran tunang adik kaklong, beli bunga untuk satu dulang anggaran dalam rm7+, so untuk 7 dulang rm49+/-. kaklong guna bunga kertas budjet dalam rm10, jimat rm40!


kertas crepe ni agak besar, jadi lipat kan kertas menjadi saiz yang kecik comel kiut miut sesuai




potong jadi kecik macam ni, agak banyak jugak bunga yang kita boleh dapat nanti. potong ikut kesesuaian besar mana bunga yang korang nak ok. kalau rasa nak bunga lagi kecik, kecik kan lagi kertas tu, kalau rasa nak bunga besar, besar kan lagi kertas tu.


ni saiz bunga yang kaklong nak, korang boleh jugak pakai warna yang berbeza, naikkan lagi seri bunga korang tu.


kaklong guna dalam 5 helai sebab kaklong nak nampak kan banyak kelopak dia. then, lipat bentuk kipas.


gunakan floral wire dekat tengah tengah kertas, gunting bahagian tepi kertas.


jadi macam ni okay. nanti bunga nampak cantik beralun je bentuk dia.


lepas tu ni part yang mencabar sikit, kembang kan kipas tu then tarik satu per satu slice of paper crepe tu perlahan lahan takut terkoyak plak kalau ganas ganas ye dok.


taraaa, this is the result.


buat banyak banyak memang amik masa sikit, tapi worth it! 


selamat mencuba!









Friday, 10 July 2015

cara pengiraan gred UTeM

debaran selepas jawab paper exam adalah tunggu official result. hari hari dok jenguk portal nak check gred punya pasal. usaha kita selama ni nak tau jugak buah nya masak macam mana kan, manis ke pahit ke telan je.

bagi yang tak sabar nak tunggu official result, unofficial result boleh dikira sekiranya gred untuk semua subjek dah keluar. kaklong jenis tak sabar, keluar je gred berdesup kaklong kira. disebabkan kaklong tak reti and malas nak kira manual, so kaklong pakai satu web ni memang membantu sekelip mata dapat tahu GPA kita okayyy.

cara nak tengok gred korang tau kan? kaklong hempuk guna senduk kang tu pun nak kena ajoo. masuk je portal macam biasa hookayyy.

korang tekan je link ni --> http://www.schoolfinder.us/?r=gpa_calculator_college



masuk kan je gred yang korang dapat dengan jam kredit untuk setiap subjek tu. untuk jam kredit tu, kalau dah tak pasti sangat korang boleh rujuk dekat nombor kod subjek, hujung nombor tu mewakili jam kredit.

contoh : BLHW2143, so nombor 3 hujung sekali adalah untuk jam kredit

good luck and selamat mencuba. kaklong harap entry ni membantu. rasanya semua universiti guna sistem gred yang sama, boleh cuba. nak tahu sahih ke tak, tunggu je la official result! lebih kurang je pointer dia +/- tak lari jauh pun.




Tuesday, 7 July 2015

Pembuka kata dari kaklong

Alhamdulillah kaklong dah habis semester 6, ada 2 lagi semester yang kaklong kena redahhh. Naik semester depan kaklong dah kena perah otak pulun buat final year project (fyp2). 

Cuti 3 bulan ni banyak benda kaklong nak kena settle, 1st kaklong dah kena cari tempat nak intern, 2nd kaklong ada event nak kena attend, main actress in that event, cewahhh. event apa? Rahsiaaaa. Nah kaklong belanja satu gambar buat korang berteka teki.


Nak buat apa bunga banyak banyak ni? Tu namanya bunga kertas, nanti kaklong ajar and buat tutorial macam mana nak buat bunga yang jelita ni yeah. Tangan tu kena ada seni sikit tau baru laa cantik menawan.

Memandangkan ni post first kaklong, tak nak la panjang panjang sebab takde readers pun, hahaha *gelaksyoksendiri